PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS YANG
KOMPREHENSIF & EKSLUSIF PPWEY

Pusat Penjagaan Warga Emas YPEM Sdn Bhd (PPWEY)

PPWEY ditubuhkan pada 22 Julai 2020. Pusat ini menyediakan 100 bilik Apartment serba lengkap dengan kelengkapan peralatan, perabut dan kemudahan asas yang serba lengkap.

Visi & Misi PPWEY

Mewujudkan persekitaran pengabdian yang selesa kepada Allah SWT.
Mewujudkan persekitaran kehidupan dengan al-Quran dan pengisian keilmuan Islam.
Mewujudkan suasana
kesyukuran atas Rahmat
Allah SWT.
Mewujudkan pusat usaha dan ikhtiar pemantapan Iman untuk persiapan akhirat.

Keistimewaan Pusat Penjagaan Warga Emas YPEM

  1. Suasana lokasi kedudukan bangunan adalah amat tenang, aman dan penuh kedamaian di Laketown Bukit Merah.
  2. Struktur bangunan bahagian dalaman dan luaran bangunan adalah bersifat hotel.
  3. Keselamatan dan kebersihan adalah diurus secara baik.
  4. Kesihatan para penghuni adalah diawasi secara terus oleh pegawai & pembantu perubatan yang bertugas; disamping temujanji rawatan secara terus dengan hospital kerajaan yang berhampiran.
  5. Makanan yang disediakan adalah makanan berkhasiat yang seimbang dan berkualiti.
  6. Perkhidmatan kesihatan, kebersihan dan kualiti makanan adalah keutamaan.
  7. Setiap studio apartment dikhaskan untuk dua orang sahaja.
  8. Para penghuni disediakan pengajian al-Quran dan juga bimbingan agama secara komprehensif meliputi Tasawuf, Feqaf, Tauhid, Sirah dan Ilmu Hadith. Solat pada setiap waktu adalah berjamaah bagi mereka yang mampu.
  9. Keseluruhan aktiviti dan amalan Yayasan adalah berteraskan garis panduan Islam.

Kadar Caj perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap seorang

Kondisi Penghuni
.
Kadar Caj Komprehensif Penginapan, Makanan & Pengajian. Tidak termasuk kos perubatan. Deposit
.
1. Sihat tubuh badan. Mampu berdikari RM3,000 sebulan RM10,000
.
2. Sihat tubuh badan. Tidak mampu berdikari tetapi masih boleh bergerak. RM4,000 sebulan RM10,000
3. Badan tidak sihat. Tidak mampu berdikari tetapi masih boleh bergerak. RM5,000 sebulan RM15,000
4. Badan tidak sihat. Tidak mampu berdikari dan tidak mampu bergerak. RM7,000 sebulan RM15,000
Pertanyaan dihargai menghubungi 05-8900172 atau datang terus ke pejabat kami.

Hubungi Kami

Pusat Penjagaan Warga Emas YPEM Sdn Bhd
Block B Palm View Building,
Bukit Merah Laketown Resort,
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol, Perak.

Tel: 05 - 8900172
Website: go-syurga.com
E-Mail: syurga.islamic@gmail.com